Sunday, January 18, 2009

ISRAEL DAN PALESTIN....BOIKOT OH BOIKOT

Kisah dunia yang maha hebat....membuka mata seluruh dunia terutama umat Islam...hari jumaat yang baru sahaja berloalu menyaksikan demonstrasi aman menentang serangan ISRAEL LAKNATULLAH kepada rakan negara Islam PALESTINE....gerakkan memboikot beberapa barangan keluaran negara syaitan itu dilancarkan...restoran makanan segera....pasaraya-pasaraya...aku tertarik dengan isu undian penonton di TV3 baru-baru ini... "adakah dengan memboikot barangan yahudi dapat membantu menghentikan perang di Palestin?" namun aku tak tahu keputusan undian nya...kepada pembaca blog ku ini apa rasanya pandangan korang?? semalam aku ke salah sebuah pasaraya yang tersenarai dalam senarai pasaraya yang perlu diboikot....subhannallah...seperti lautan manusia...terlalu ramai memenuhi ruang..memberi barang keperluan dengan harga rendah...dan kelihatan Islam sama ramai dengan bukan Islam...dimulut kita memboikot tp tuntutan harian dimana kita terlalu letak pada kebiasaan menjadikan rutin itu tidak dapat diubah...lalu di restoran2 makanan segera juga menyaksikan fenomena yang sama....berapa peratus yang benar2 memboikot? cuba kita tafsirkan....analogi saya mudah...hari ini jika anak kita dari kecil sudah diberi susu jenama NESTLE dan hari ini tiba-tiba kita mahu tukarkanya kepada jenama lain adakah kita pasti anak kecil itu mengerti bahawa ayah dan ibu sedang memboikot barangan keluaran jenama susu kegemarannya...apa yang sikecil tahu...susu itu mesti kena dengan seleranya....benar pada satu hadis..saya kurang pasti..ia berkaitan dengan riba' tapi saya rasa ia sesuai juga untuk situasi ini...."riba' itu tidak dapat dielak walaupun kita cuba menghindarinya namun kita pasti tidak dapat mengelakanya, ibarat jikat tidak terkena lopak kita pasti terkena debu-debunya".... kita cuba mengelak tp kita tidak mapu menghindarinya...nasihat saya kita sama2 utuskan Doa kepada yang Esa untuk sahabat/saudara Islam kita di sana....biarlah perginya sebagai syahid...dan hancurnya Yahudi menjadi debu....(ini ulasan dari saya yang tidak terlalu bijak..mentafsir dari apa yang saya lihat)

LELAKI OH LELAKI

hmmm...kisah kaum adam yang semakin genting sekarang...lelaki dan lelaki....kisah pelik yang menjadi perhatian....perlu sama-sama kita fikirkan...aku bukan nak tunjuk baik tapi hanya untuk ingatan kawan-kawan aku...kehidupan yang singkat ini bukan masa untuk kita lakukan apa yang kita suka sahaja...kadang2 kita akan rasa bahawa kehidupan yang singkat ini seharusnya kita tidak membuat dosa...aku tahu dan aku pasti kawan2 ku juga tahu itu dosa...namun nafsu jadi tuan...jasad jadi hamba...hati dan perasaan di ikat pada lorong dan jalan yang salah...hari ini orang disana sini bercerita tentang perihal kaum ku....si adam 1 bercinta dengan si adam 2...sesetengah dari kami akan berasa jijik dan meninggalkan...setengah lagi berpura-pura terbuka dalam hati mereka blm dapat menerima sepenuhnya...satu lagi kisah kaum sejenis ku ini bangga dengan apa yang dilakukan...gembira berkongsi kisah selimut dan bantal dengan kaum sejenisnya juga...kita sama-sama melayu...sama-sama islam....jangan tinggalkan kehidupan hari ini dengan berjalan mengundur kebelakang menuju zaman jahiliyah....haruskah aku tersenyum andai semua ini dilalui oleh adik2 ku...kawan2 ku....dan masihkah kamu tersenyum andai semua ini kamu tahu...kamu juga berdosa kerana tidak pernah menasihatinya...aku juga jahat sebenarnya...aku tidak dapat menerima jika ini berlaku kepada orang yang rapat dengan ku...dalam diam aku akan menjauhkan diri....berlari jauh...dan terus melenyapkan ia dari ingatan...justeru aku terfikir...andai aku mati tidak kira di usia muda atau tua...aku akan mati dengan kesedihan...jika adik2 ku...sahabat2 ku ini tidak disedarkan dari lamunan fantasi sang syaitan....

Tuesday, November 18, 2008

kerja dan kerja

satu anjakan baru dalam kehidupan aku sekarang....
dulu pelajar...sekarang dah kerja...
2 dunia yang berbeza....
aku kena berusaha untuk membiasakan diri....
balik dari kerja hari pertama...penat gile...
sakit sluruh tubuh...
walaupun kerja tak seberapa...
nasib baik ada kawan...tak ler aku kesepian....
apapun...aku seronok dengan apa yang aku buat sekarang....

Saturday, August 16, 2008

terima kasih atas air mata itu....

3 julai 2008....

malam itu kami mengakhiri sebuah majlis dengan tenang dan ada sedikit titisan air mata...air mata perpisahan....perpisahan seorang kawan dengan kawanya yang lain...perpisahan seorang abang dengan adik-adiknya...lebih kurang begitulah seperti yang diceritakan seorang teman...sebuah majlis perpisahan yang tak diduga dirancang tanpa pengetahuan...si kawan memang sedia sedih dah..maklumlah berat hati nak meninggalkan tempat yang penuh dengan kenangan....malam itu lagu "KENANGAN TERINDAH" melatari majlis...penuh sendu dan syahdu....menitis air mata siapa yang melaluinya...si kawan tak dapat menahan rasa sedih....menitis air mata tak lagi terbendung... kawan-kawan lain...adik-adik...turut menitiskan air mata....andai air mata itu ikhlas dititiskan...terima kasih sahaja yang kawan boleh ucapkan kepada yang hadir...namun jika ia tidak ikhlas...usahlah ia disebut dan diungkit...sesungguhnya air mata yang menitis pada malam itu dari mata si kawan adalah ikhlas dan ia didasari dengan kasih sayang (ucapnya pada saya dengan sendu).....

Monday, July 28, 2008

KONVOKESYEN

hari yang dinanti seakan lambat benar sampai...
hari konvokesyen....aku dan rakan-rakan yang berjaya menamatkan pelajaran tepat pada masanya akan menemui hari bahagia ini bermula 9 ogos sehingga 13 ogos 2008....

alhamdulillah....tamat juga ijazah pertama ini.....harap2 selepas ini ada sinar terang yang menanti perjalanan perjuangan kami......aminn....

Thursday, June 26, 2008

MINGGU MESRA PELAJAR DAN PERPISAHAN

hai semua pelawat blog ku......

29 June - 5 Julai 2008...kami seluruh warga UKM dan sekitarnya akan menerima junior-junior baru...mereka yang akan mendaftar sebagai pelajar seterusnya bakal menjadi modal insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang....Insya-Allah

untuk aku, ini adalah 3M aku yang ke-4 dan ke-3 sebagai pemudah cara (PC)....pengalaman adalah sesuatu yang sangat berharga....aku seronok walaupun penat...aku tak penat sangt sebab aku akan jarang naik tangga...hehehehe....kali ni aku akan bersama adik2 aku menjadi PC untuk junior2 tersayang...sayang ker?????....hehehehe.....sekarang kami sedang berkampung dan berdebar menanti rupa bagaimana, perangai dan sebagainya tentang junior2 kami ni......

aku, ali, wani, elyn, ammar, zack, yana, piji, fad, mimie, rowena, kent, chang ee, pejal, wan, zul, siddiq, jaki, mierul, mayna, danese, prasant, sharon, zihan, syazri, niza, efa, nisa', seyra dan helmi kami adalah antara peneraju kecemerlangan...ceewwaaahhh....kami lah yang akan membantu memudahkan kerja dan perjalanan baru semua junior yang akan hadir ahad nanti...harap2 kami boleh berkerja dengan baik.....senang untuk kami dan senang untuk semua....

habis sahaja MMP ni aku akan secara rasminya tamat pengajian di sini...aku kakan kembali ke kampung untuk memul;akan kehidupan baru selepas bergelar graduan...bagaimana coraknya...aku belum pasti.,...harap2 ada sinar yang terang dihadapan sana untuk aku bernafas....

kenangan di KIZ, dan UKM tak mungkin aku akan lupakan...kenangan dengan adik2 PC ni adalah kenangan terakhir aku disini...aku cuba membantu mereka dengan sepenuh hati...aku terlalu emosi jika bercerita tentang perpisahan ni..takut rasanya...tapi inilah yang dikatakan kehidupan....ya..kehidupan...aku perlu kuat untuk melangkah dan berjalan dibumi Allah ini untuk mencorak kehidupan aku di masa hadapan....

mereka yang membuatkan aku tersenyum dan mereka juga yang akan buat aku menangis nanti...percayalah..aku terlalu sayangkan kenangan ini...dan biarlah ia tetap kekal di hati ini...

to All PC KIZ....no words can describe...how much i LOVE u....heheheh

good luck!

Saturday, June 21, 2008

my dear adik2


untuk pengetahuan semua nilah junior2 kesayangan aku...ish budak2 ni memang suka pose....anytime, anywhere lah diorang ni suka bebeno bergambar....aku kenalkan sorang2 lah yer....mula dari yang paling kiri....mun, deyra, kak sha, lynn, sila, yan dan iwani.... sila tu batch aku sebab dia dah ada dalam gmbr ni so aku kenalkan lah juga dia bagi up skit saham dia...dah berpunya dia tu... junior2 aku ni lah yang paling cantik dan vogue antara semua..hahahaha....budak2 ni bengong skit kadang-kadang....tapi dengan diorang ni happy jer...dan yang penting diorang sangt suka makan...walaupun sebenarnya selain mereka ada "team gigi besi" mereka juga digelar... "team tulang bergerak".....hahahahahah.... adik2 ku sekalian..study betul2 yer..jangan asik nak bercinta jer....hehehehehe..... aku akan pergi meninggal kan kalian dengan sejuta memori yang tak tertulis...sebenarnya ada 2 lagi.....muz dan zam...adik lelaki aku yang paling disayang..tak jumpa plak gambar diorang.....

yang ni pulak junior aku 1st year....zul, fadzlin dan piji...junior kesayangan yang poyo kadang2..tapi diorang best sangat2....aku akan rindu diorang ni...

untuk korang b'3 yang kalau terbaca blog ni...tak care ang study rajin2 k...